Isnin, 26 November 2012

Salam hormat...

          Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya. Senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, dan contohnya adalah seperti yang berikut:

Penjodoh Bilangan
penggunaannya
Contohnya

bijiuntuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecillabu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas
Bilahuntuk benda-benda yang tajamparang, pisau, golok, gunting, sabit, keris
buahuntuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentukereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio, bandar, kampung, piano, komputer, kamera
bukuuntuk benda-benda yang keadaannya berketul/berbongkahsabun, roti, benang
butiruntuk benda-benda yang bulat atau keciltelur, batu, manik, beras, peluru
carik/cebisuntuk benda-benda yang dikoyakkankertas, kain
cubituntuk benda yang diambil sedikit dengan jarigaram, gula, kunyit
cucukuntuk benda-benda yang dicucuk dengan lidisate
dasuntuk bunyi letupan atau tembakanmeriam, pistol, senapang
deretuntuk benda-benda yang tersusunbangunan, rumah, kedai, kereta
angkatanuntuk sekumpulan manusia atau bendakapal, tentera, pelukis, penulis
barisuntuk kedudukan benda/manusia yang berbarisorang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi
batanguntuk menunjukkan benda-benda yang panjangsungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum
bentukuntuk benda-benda kecil yang berkelukmata kail, subang, cincin
berkasuntuk benda-benda yang diikat bersama-samakunci, lidi, kayu
bidanguntuk benda-benda yang terbentang luastanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar.